Thursday 28 November 2013

TUGASAN DAN ASSIGNMENT

Perjalanan seorang guru yang menyambung pelajaran untuk memperolehi segulung ijazah sangatlah mencabar. kadangkala apabila tekanan menyelubungi diri, segala emosi dan fizikal seolah-olah terpisah daripada tubuh. Ini pengalaman, perasaan dan mungkin juga suatu kehidupan saya semasa berusaha menamatkan pengajian demi menyahut seruan kementerian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi memartabatkan profession keguruan.
Salah satu cabaran yang memang menjadi taruhan emosi dan fizikal saya ialah ketika menyiapkan tugasan@assigment. Betapa saya memahami perasaan ibu-ibu yang terpaksa membuat kerja rumah tangga setiap hari, hujung minggu pergi kuliah danhari ahad membuat kerja sekolah yang perlu disiapkan. 
Saya mengumpul banyak jenis tugasan terutama sekali bahasa Melayu, pendidikan seni yang saya kumpul hasil daripada ihsan rakan-rakan yang telah menamatkan pengajian. Mungkin ini boleh dijadikan panduan bagi guru-guru yang baru hendak memulakan langkah menuju kejayaan. Terima kasih kepada rakan-rakan saya dan juga pengunjung yang sudi menjenguk blog ini... salam daripada MerahJambuSakura..

Refleksi Ringkas

Refleksi selepas menyiapkan tugasan adalah penting bagi membantu penulis menilai semula hasil kerja mereka.

Klik :
Refleksi Ringkas

Tekanan Emosi Murid

Seperti orang dewasa, kanak-kanak (murid) juga mengalami tekanan. Tekanan mereka mungkin berpunca daripada guru, ibu bapa dan keadaan sekeliling.

Klik :
Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid

Ulasan Ringkas Jurnal dan Artikel 2

Ulasan ringkas selepas membaca artikel dalam petikan akhbar  dan beberapa jurnal ringkas.

Klik :
Ulasan ringkas jurnal dan artikel 2

Tugasan Fonetik dan Fonologi B.Melayu

Fonetik dan fonologi Bahasa Melayu.

Klik :
Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu