Tuesday 7 August 2012

Contoh Tugasan Pemerolehan Bahasa Kanak2

Tugasan Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak Berumur 2-3 tahun

Klik di sini
Tugasan Pemerolehan Bahasa kanak2

Contoh Tugasan MORFOLOGI

Contoh Tugasan mengkaji petikan akhbar dari segi Morfologi

Klik ini
TUGASAN BMM3109

Contoh tugasan Keselamatan dan Tatacara Penggunaan

Contoh tugasan Keselamatan dan Tatacara Penggunaan Am Di sekolah.

Klik di bawah

TUGASAN HBHE3203

Wednesday 1 August 2012

Contoh Brosur Tatacara Penggunaan Kantin

Contoh soalan menghasilkan brosur ini selalu keluar dalam tugasan OUM.. Berikut adalah contoh brosur yang boleh dijadikan panduan.





Tugasan Kraf Tradisional

Sila klik di bawah :

http://www.scribd.com/doc/101766492/TUGASAN-KRAF-TRADISIONAL?secret_password=2271lmdo46p7dhtyooh3
Contoh Tugasan PGSR Pentaksiran Dunia Seni Tahun 1
sila klik dokumen Private :

http://www.scribd.com/doc/101766043/Tugasan-Pentaksiran-Dunia-Seni-Thn-1?secret_password=1z0piltu6o38ievcv3xl

Tugasan Pentaksiran Pendidikan Seni Tahun 4

Contoh Tugasan PGSRS tentang Pentaksiran Pendidikan Seni Tahun 4.

http://www.scribd.com/doc/101765059/Tugasan-Pentaksiran-PS-Tahun-4?secret_password=2ezf6d61jkx874cg5h6i

Tugasan PSK : Hari Plastik Di Malaysia


1.0        PENDAHULUAN

Tahap kesedaran sivik di kalangan rakyat Malaysia masih belum boleh dibanggakan lagi. Salah satu cara untuk melihat tahap kesedaran sivik dan kewarganegaraan di kalangan rakyat Malaysia adalah melalui kempen-kempen alam sekitar, perpaduan dan kesihatan. Salah satu kempen yang masih di tahap permulaan adalah kempen Hari Tanpa Beg Plastik. Selangor adalah negeri pertama yang akan mengadakan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik di Malaysia. Kempen ini akan dilaksanakan mengikut peringkat yang dirangka memakan masa selama dua tahun. Sehubungan dengan itu, peringkat yang pertama adalah dengan melaksanakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu akan bermula pada tahun awal Tahun 2010. Setelah pelaksanaan kempen dilaksanakan selama 6 bulan, pihak Kerajaan Negeri Selangor bersama pengusaha-pengusaha akan menjalankan pemantauan bagi mengenalpasti impak daripada kempen tersebut. Sekiranya kempen ini membawa kepada satu impak yang positif, perlaksanaan peringkat kedua diteruskan dengan melanjutkan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik’ kepada hari-hari biasa. Apapun, tujuan kempen ini adalah untuk mencapai objektif-objektif mengurangkan penggunaan beg plastik di kalangan masyarakat Malaysia dan untuk mempertingkatkan kesedaran pengguna awam terhadap impak-impak negatif penggunaan beg plastik.

Beberapa artikel lagi mengenai Kempen ini telah dimuat turun sebagai isu/skop yang akan saya bincangkan.

   
Artikel 1 : Rencana Arkib Utusan Online16/06/2010  
 

 
                                                                       



2.0        KESEDARAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN MELALUI KEMPEN    
(a)        Perspektif diri : Kesedaran Jumlah Penggunaan Beg Plastik
Saya telah memilih isu/skop kepenggunaan dan alam sekitar iaitu Hari Tanpa Beg Plastik. Pertama kali mendengar isu ini dihebahkan melalui corong-corong radio, saya meragui keberkesanannya tetapi sangat menyokong usaha badan-badan dan persatuan yang mewujudkannya. Semasa saya membaca artikel ini di akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia, secara tidak langsung ia menimbulkan kesedaran tentang jumlah penggunaan beg plastik yang saya gunakan setiap hari. Kempen ini telah dihebahkan ke seluruh negara bermula di negari Selangor hinggalah ke Sabah. Walau bagaimanapun, saya hanya mendengar pelaksanaan kempen ini hanya bermula dua bulan yang lalu melalui hebahan radio. Apa yang dapat dikongsikan pada masa itu ialah  kesedaran tentang menyokong kempen hari tanpa beg plastik hilang apabila menjelangnya musim Hari Raya Puasa. Sehinggakan semasa membeli-belah di sebuah pasaraya, saya terkejut apabila jurujual meminta saya memasukkan sejumlah wang sebagai bayaran beg plastik yang digunakan. Barulah saya sedar dan megetahui bahawa Kempen Hari Tanpa Plastik di Sabah diadakan pada setiap hari Isnin.

            Hati saya tersentuh apabila membaca artikel akhbar berita harian online tentang dua adik-beradik yang memperjuangkan kesan penggunaan beg plastic dengan menghasilkan sebuah buku kanak-kanak bertajuk Inspirasi ‘Billy The Plastic Beg’. Apabila kejadian seperti itu berlaku kepada penduduk yang tinggal berhampiran bandar, bagaimana pula dengan penduduk luar bandar? Adakah kempen ini hanya dilaksanakan di bandar-bandar dan gedung membeli-belah ataupun hebahan dan kempen turut dilaksanakan di kampung-kampung pedalaman juga?


(b)        Pandangan Masyarakat Dan Negara Luar

Bagi dunia luar, melihat iklan atau papan tanda Hari Tanpa Beg Plastik di Malaysia adalah sesuatu yang boleh dipuji. Ia menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang prihatin terhadap alam sekitar dan kesihatan penduduknya. Usaha badan-badan dan persatuan yang mewujudkan kempen ini sepatutnya mendapat galakan dan sokongan padu daripada rakyat Malaysia. Namun, berjayakah kempen ini menunjukkan hasil yang diharapkan?
          *         Adakah pengguna memahami konsep tentang kempen hari tanpa beg plastik? 
          *         Adakah pengguna hanya tidak gunakan plastik pada hari tersebut tetapi tetap mengamalkan praktis yang tidak lestari?
Selama kempen ini dilancarkan dan dilaksanakan mengikut negeri, pelbagai laman blog telah dibina oleh ramai pencinta alam sekitar yang seterusnya penyokong program ini. Kesedaran sivik itu muncul apabila mengetahui kesan-kesannya pada jangkamasa yang panjang. Antara laman blog yang mewujudkan artikel atau pendapat tentang Kempen Hari Tanpa Plastik adalah seperti :
(i)            http://noplasticbagday.blogspot.com/

(c)        Impak Mengikut Peredaran  Masa Dan Budaya

 Setiap negeri mengadakan hari tanpa plastik pada hari yang berbeza contohnya di Selangor yang diadakan pada hari Sabtu dan di Sabah setiap hari Isnin. Sejak ia berlangsung, kita sudah pun mendengar maklumbalas yang positif, mahupun yang negatif. Pada tahun 50an, penggunaan beg plastik agak sedikit kerana biasanya penduduk kampung lebih suka membawa bakul yang diperbuat daripada rotan dan bambu apabila pergi ke tamu. Penduduk lebih kreatif mencipta tempat barang sendiri dan biasanya mereka membuatnya kerana mempunyai masa lapang di rumah.
Pada waktu itu, penggunaan beg plastik amat sedikit jika dibandingkan sekarang yang semakin meningkat dari tahun ke tahun dan telah menjadi antara penyumbang utama kepada pencemaran alam sekitar. Ini mungkin disebabkan kepesatan ekonomi dan kekangan kerja yang sangat mementingkan menyebabkan rakyat atau pengguna seringkali bergegas untuk ke pasar tamu atau supermarket tanpa memikirkan perlunya bakul rotan membeli-belah. Dengan mengurangkan penggunaan plastik, bukan sahaja menolong menentang kesan perubahan iklim, tetapi menyumbangkan kepada kesihatan pengguna.
Walaupun tiada kajian jangka masa panjang yang menunjukkan kebahayaan plastik dan bahan yang dibuat daripada plastik, tetapi kita perlu memahami bahawa plastik adalah dibuat oleh bahan kimia, dan tiada sesiapa yang akan menjamin unsur bahan kimia ini tidak akan meresap keluar, dan ini mungkin satu punca bagi penyakit kronik yang tidak diketahui.
(d)        Kesedaran Individu Dan Masyarakat Luar Bandar
Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam promosi kempen hari tanpa beg plastik, dan perlu menegaskan kepada komuniti yang sentiasa dipinggirkan. Tidak mustahil jika masih ada masyarakat luar bandar yang tidak mengetahui tentang pelaksanaan kempen ini. Mereka yang berada di kawasan pendalaman yang sebenarnya memerlukan lebih perhatian telah dipinggirkan oleh kita. Masyarakat luar bandar sebenarnya bukan tidak mempunyai kesedaran sivik tetapi mereka sebenarnya kurang didedahkan dengan isu semasa. Mereka yang tidak mengetahui konsep hari tanpa beg plastik ini merasakan hari tanpa beg plastik menjadi beban dalam kehidupan harian.  Kempen hari tanpa beg plastik sepatutnya dilaksanakan di seluruh negara dan seluruh tempat, bukan setakat di peringkat negeri dan Bandar sahaja. Jika tidak, orang ramai akan keliru tentang kempen ini dan akhirnya tidak membawa manfaat kepada bumi kita, kerana mereka yang tidak ketahui akan terus menggunakan beg plastik tanpa had.

(e)        Peranan dan Tanggungjawab Membantu Negara

Kesan-kesan perlakuan yang tiada kesedaran sivik  bukan sahaja menyebabkan masyarakat sekeliling tidak selesa malah jika sikap tidak bermoral ini diteruskan kerajaan akan kerugian berjuta ringgit semata-mata mahu memperbaiki kemudahan yang telah rosak ataupun mengadakan kempen-kempen untuk menyedarkan masyarakat tentang banyak perkara. Jenayah besar yang melibatkan nyawa manusia juga boleh berlaku jika aspek sivik tidak diambil kira dalam kehidupan seharian.
Tidak kira sekecil atau sebesar manapun perkara yang dilakukan bertitik tolak daripada kesedaran sivik dan harus direnungi oleh semua lapisan masyarakat daripada kanak-kanak hinggalah kepada warga tua. Kerajaan juga pernah melancarkan kempen ‘Kesedaran Sivik Bermula dari Rumah”. Ini bermakna bagaimana kita menghargai harta peribadi dan bagaimana kita, ‘berkelakuan’ terhadap apa yang kita sayangi dan miliki, begitulah juga kita harus meletak nilai yang positif terhadap apa sahaja di sekeliling kita sebagai perkara yang perlu dipelihara dan disayangi. Seperti bidalan lama, ‘tengadah membilang layas, menangkup membilang lantai’ iaitu berfikir semasak-masaknya sebelum melakukan sesuatu perkara. Jangan jadikan kempen dan isu sebegini sebagai ‘fenomena bermusim’. Apa yang ditafsirkan sebagai fenomena bermusim ialah apabila sesuatu isu yang berbeza diperkatakan dan ditangani pada masa yang berbeza.

2.1        KESAN PENGGUNAAN PLASTIK
Pada zaman sekarang, antarabahan yang paling banyak dan selalu digunakan oleh manusia dalam kehidupan seharian mereka adalah barang yang diperbuat daripada plastik. Lihat sendiri perkakas di dalam rumah, bermula daripada dapur, bilik air hinggalah ke kawasan ruang tamu dan halaman di luar rumah, hampir kebanyakannya dihasilkan daripada plastik kerana ia adalah bahan yang murah lagi mudah digunakan. Namun, di sebalik dua keistimewaan plastik itu, tersembunyi ancaman yang kita tidak ketahui. Contoh yang paling mudah, iaitu botol air mineral.
Selain daripada ringan, senang dibawa ke mana-mana dan mudah digunakan dengan berulang kali, ianya juga akan menjimatkan wang para pengguna apatah lagi di kala kemelesetan ekonomi sekarang, jalan mudah untuk penjimatan adalah menggunakan botol ini berulang kali. Keadaan ini telah menyebabkan penggunaan beg plastik secara besar-besaran di merata-rata. Oleh yang demikian, keadaan pencemaran beg plastik ataupun dikenali sebagai pencemaran putih (white pollution) semakin serius pada hari ini.
Meskipun amalan mengelakkan pembaziran adalah perkara yang dituntut oleh Islam, tetapi adakah kita mengetahui akan kesan buruk seandainya kita suka menggunakan botol air mineral ini secara kerap untuk suatu tempoh masa yang lama? Hal ini adalah kerana botol air mineral diperbuat daripada Polyethylene Terephtalate atau lebih sinonim dengan singkatan PET. Bahan ini mempunyai beberapa kekurangan yang boleh memudharatkan kesihatan pengguna apabila digunakan dengan berulang kali, terutama sekali jika terdedah kepada suhu panas. Menurut sejarah, ia digunakan dalam industri pembuatan botol minuman secara meluas selepas dipatenkan pada tahun 1973.
Berdasarkan kepada isu/skop tentang kesan penggunaan plastik terhadap alam sekitar dan kesihatan penduduk Malaysia, saya berasa isu ini perlu diperluaskan dan dihebahkan setiap hari agar masyarakat tidak lupa tentang kempen yang dilaksanakan. Isu ini sangat memberi faedah dan pengetahuan terutama kepada golongan pelajar, penduduk luar Bandar dan kanak-kanak yang boleh dilatih daripada kecil lagi untuk mengelakkan penggunaan beg plastik.


3.0        CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MENGATASI ISU BERSAMA
Tujuan kempen adalah bagi mengalakkan budaya kitar-semula dan mendidik masyarakat mengurangkan penggunaan beg plastik sekaligus mengurangkan pencemaran putih atau white pollution. Kempen yang diperkenalkan sangat baik dan bertepatan dengan masalah yang dihadapi seluruh dunia iaitu pencemaran sampah dan plastik. Namun, berjayakah kempen ini setelah 10 bulan dilancarkan? Dimana kesilapan pihak terlibat jika kempen ini tidak berjaya memenuhi objektifnya.
Sebagai pengguna dan rakyat yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, sedikit cadangan mungkin dapat memberi banyak impak terhadap kempen yang belum menampakkan hasil ini. Antara cadangan sebagai usaha penambahbaikan program ialah :
(i)         Memperkenalkan Beg Kertas Menggantikan Beg Plastik          
Ambil contoh negara maju seperti Jepun, Britain or Amerika Syarikat, mereka jarang menggunakan Beg Plastik setiap kali membeli belah. Kebanyakan mereka lebih gemar menggunakan beg kertas yang lebih mesra alam kerana mudah lupus secara semulajadi dan tidak memberi kesan yang besar sekiranya dibakar. Kerajaan mereka juga menggalakkan pasaraya dan pengguna menggunakan beg kertas dari menggunakan beg plastik. Masyarakat tidak boleh mengambil langkah mudah dan memandang sebelah mata penggunaan beg kertas ini kerana apabila beg kertas dicipta ia bukan sahaja dapat memberi peluang pekerjaan kepada pengusaha malah memberi peluang kepada anak-anak kecil untuk menjadi kreatif dengan mencipta beg kertas sendiri melalui aktiviti bilik darjah. Kertas mudah dicari malah lebih selamat berbanding plastik yang boleh membahayakan jika tidak mendapat pengawasan dewasa.

(ii)       Tanggungjawab Pasaraya Menyediakan Beg Kertas
http://www.konsumerkini.net.my/v1/images/stories/images/images_28062010_plastic.jpg           Langkah permulaan penggunaan beg kertas mungkin boleh bermula daripada pasaraya-pasaraya terkemuka seperti Giant, Servay, Tesco dan sebagainya. Pada permulaan penggunaan, pembeli mungkin berasa janggal dan kurang menerima penggunaannya namun apabila pihak pengurusan meneruskan penggunaan, sudah pasti lama-kelamaan pembeli akan terbiasa dan menerima penggunaan beg kertas. Malah mengangkat barang-barang yang banyak bukan lagi menjadi isu pada masa sekarang kerana kebanyakan pasaraya menyediakan perkhidmatan troli yang boleh dibawa sehingga ke pintu kereta. Hanya segelintir akan mengalami masalah mengangkat barang tetapi jika tidak dimulakan daripada sekarang, kempen ini tidak akan terlaksana sampai bila-bila.

 (iii)      Menyediakan Blog Aduan Dan Maklumat Daripada Semasa Ke Semasa
            Masyarakat kita pada masa sekarang masih mempunyai kesedaran sivik yang tinggi. Contoh yang paling ketara adalah pembinaan laman-laman blog oleh individu, persatuan, jabatan dan sekolah yang banyak menyediakan rencana, aduan, artikel tentang Kempen Hari Tanpa Plastik ini. Dengan adanya laman-laman blog seperti itu, pengguna internet dan pelajar sekolah mudah untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi pendapat tentang kempen yang dilaksanakan.
            Pada pendapat saya, sekiranya laman web khusus dibina untuk kempen ini dilaksanakan, ia akan member peluang kepada masyarakat membuat aduan pencemaran, berkongsi pengalaman menggunakan beg kertas dan untuk memberi komen tentang keberkesanan setiap aktiviti yang dirancang.

(iv)        Memberi Ganjaran Terhadap Individu, Sekolah Dan Jabatan Yang
              Berusaha  Menjayakan kempen Dengan Jayanya.
            Sesuatu kempen tidak akan dapat berjaya dan seterusnya memberi kesedaran sivik kepada masyarakat jika tidak ada pihak yang berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Seperti SM St Michael Penampang yang telah berjaya melaksanakan kempen Tanpa Beg Plastik di Sekolah sepatutnya diberikan pujian dan ganjaran setimpal dengan usaha yang dibuat. Sudah menjadi adat dan budaya di Malaysia, sesuatu perancangan itu hanya akan diteladani apabila ada pihak yang sudah menunjukkan hasil dan diberi ganjaran.

4.0       REFLEKSI
          Sebelum saya mengumpul maklumat untuk mengenalpasti isu/skop yang dipilih, saya sebenarnya masih merasai keraguan mengenai kempen Hari Tanpa Beg Plastik ini. Ini mungkin disebabkan saya kurang pengetahuan tentang kesan-kesan penggunaan plastik kepada kesihatan, kebersihan dan persepsi luar. Setelah membaca beberapa artikel dan blog persendirian tentang kempen yang diusahakan ini, timbul kesedaran pada diri saya bahawa kempen ini adalah kempen yang sepatutnya diwujudkan 10 tahun lalu. Memandangkan kepesatan ekonomi dan kekangan masa bekerja, kebanyakan daripada kita lupa akan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara yang mana tidak menimbulkan kesedaran sivik seperti yang sepatutnya kita semua patut ada.
          Semasa mencari maklumat di internet dan beberapa bahan bacaan, barulah saya sedar bahawa kesedaran sivik masyarakat dahulu dan sekarang banyak perbezaannya. Masyarakat lalu mementingkan kebersihan, penjimatan dan usaha untuk memperbaiki keadaan tetapi pada masa sekarang masyarakat lebih menumpukan peranan sebagai seorang pekerja yang sibuk dengan tugas masing-masing.

          Walau bagaimanapun, tidak semua masyarakat sekarang ini yang tidak mempunyai kesedaran sivik langsung. Dengan usaha banyak pihak, masih ramai yang mempunyai kesedaran untuk menjayakan kempen hari tanpa beg plastik dengan berleluasanya maklumat dan acara dihebahkan di laman web dan internet. Masyarakat bandar lebih peka dan tahu akan kesan pencemaran putih ini berbanding luar bandar. Dengan menyokong kempen ini, secara tidak langsung kita menyokong usaha negara dan berusaha menjadi warga yang baik dan bertanggungjawab. Kesimpulannya, tahap kesedaran sivik masyarakat Malaysia masih boleh dipertingkatkan jika kempen-kempen dan usaha berterusan pihak terlibat tidak hanya sekadar kempen bermusim tetapi dengan semangat dan sokongan padu daripada masyarakat dan golongan pentadbir.